Saturday, 1 September 2012

2.0 Matlamat

Berkongsi idea yang inovatif mengenai permainan bola baling bagi pelajar sekolah rendah

3.0 Objektif

  1. Meningkatkan kecergasan
  2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  3. Membentuk nilai kerjasama dalam kumpulan
  4. Mendisplinkan diri

4.0 Panduan Pelaksanaan Permainan

4.1 Gambar  

1. Kain
2. Bakul
3. Dadu










 

 

 

 

   

 

 

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan.

  1. Kawasan permainan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Zon A dan Zon B.
  2. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan dan setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain.
  3. 3 orang pemain pasukan A dan 2 orang pemain pasukan B berada di kawasan Zon A. Manakala 2 orang pemain pasukan A dan 3 orang pasukan B berada di kawasan Zon B.
  4. Permainan dimulakan dengan melambung dadu di bahagian tengah gelanggang (center). Pasukan yang dapat menyambut dadu tersebut akan memulakan permainan.
  5. Pemain perlu melambung dadu untuk menjaringkan gol.
  6. Pasukan yang menjaringkan gol akan mendapat mata berdasarkan nombor yang tertera pada dadu.

 

 4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan



   

4.4 Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan

  1. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang.
  2. Pemain hanya boleh menggunakan teknik lambungan semasa penghantaran dadu kepada rakan sepasukan.
  3. Jika mana-mana pasukan berjaya menjaringkan gol, permainan akan dimulakan semula di tengah gelanggang (center).
  4. Setiap gol yang dijaringkan akan diberi mata berdasarkan jumlah yang tertera

Saturday, 4 August 2012

PENGENALAN

Tajuk : Model (David) Bunker & (Rob) Thorpe 1982


Pengenalan: Diperkenalkan oleh James Thorpe, 1888-1953. Salah seorang atlit Amerika Syarikat. Penggunaan model ini memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Model ini bertujuan untuk memperbaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.
Kajian :
Fokus utama model ini ialah :
· Permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.
· Komunikasi dan interaksi sesama pelajar.
· Penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan.
· Ubahsuai permainan mengikut tahap pelajar.
· Menarik minat pelajar terhadap P&P PJK.

Bunker dan Thorpe mempertikaikan pengajaran yang sedia ada iaitu pelajar diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sebelum diperkenalkan kepada permainan sebenar.

Kebaikan
· Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.
· Lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada.
· Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan.
· Kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat.

Keburukan
· Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu.
· Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai untuk permainan.



Tajuk : TEACHING GAMES for UNDERSTANDING (TGFU)

 
Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian murid di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. 

            TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah kerap menjalankan aktiviti TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga dapat menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   

            Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran yang seronok.

 A.  Perkembangan TGFU
Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama iaitu:

  • Sasaran (Target)
- Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf

  • Pukulan/Pemadang ( striking/fielding)
- Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan cricket.

  • Jaring/ dinding (net/wall)
- Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan  manipulasi alatan seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan tenis.

  • Serangan (Invasion)
- Permainan kategori berpasukan. Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti bola sepak, bola keranjang dan bola jaring.