Tajuk : Model (David) Bunker & (Rob) Thorpe 1982
Pengenalan: Diperkenalkan oleh James Thorpe, 1888-1953. Salah seorang atlit Amerika Syarikat. Penggunaan model ini memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Model ini bertujuan untuk memperbaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.
Kajian :
Fokus utama model ini ialah :
· Permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.
· Komunikasi dan interaksi sesama pelajar.
· Penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan.
· Ubahsuai permainan mengikut tahap pelajar.
· Menarik minat pelajar terhadap P&P PJK.
Bunker dan Thorpe mempertikaikan pengajaran yang sedia ada iaitu pelajar diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sebelum diperkenalkan kepada permainan sebenar.
Kebaikan
· Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.
· Lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada.
· Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan.
· Kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat.
Keburukan
· Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu.
· Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai untuk permainan.
Tajuk : TEACHING GAMES for UNDERSTANDING (TGFU)
Teaching Games for
Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang
dapat menarik minat dan perhatian murid di dalam atau di luar bilik
darjah supaya mereka tidak berasa bosan.
TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap
permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam
permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti
fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah dan
sekolah menengah hendaklah kerap menjalankan aktiviti TGFU supaya pelajar-pelajar dapat
berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga dapat menjadikan kelas Pendidikan
Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta
bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat
dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan
kerjasama di antara pelajar.
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang
tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu
banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran yang seronok.
A. Perkembangan TGFU
Falsafah TGFU masih diubahsuai
dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang
lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan
kepada 4 kategori utama iaitu:
- Sasaran (Target)
- Menempatkan objek pada
sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai
sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh
permainan adalah seperti bowling, achery dan golf
- Pukulan/Pemadang ( striking/fielding)
- Perlawanan yang
melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan
striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan
fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat
lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas
pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah
seperti baseball, softball dan cricket.
- Jaring/ dinding (net/wall)
- Permainan dimainkan antara
jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan manipulasi
alatan seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan
dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan
gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan tenis.
- Serangan (Invasion)
- Permainan kategori berpasukan. Dalam
jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan
mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti bola sepak, bola keranjang dan bola jaring.
No comments:
Post a Comment